Saturday, November 6, 2010

aku

tidak aku nyatakan
siapa aku..
ahhh.. mungkin ada yang mengatakan
ini tulisan orang pengecut
tidak berani keluar
menghadap mehnahnya dunia

neutral

itu yang aku ingini
supaya tiada manusia menilai tulisanku
berdasarkan siapakah aku
inginku dengar suara-suara jujur
kamu-kamu yang membaca
menghadam jelas maksud tulisanku

sembunyi

hina bunyinya
bagaikan ada maksud lain
yang mahu disampaikan

tulisan ini..
bukan untuk mengangkat diri sendiri
tidak juga mengganyang sesiapa

sekadar pencerahan kusutnya hati sendiri
supaya aku lebih mengerti
tinggi rendah bumi
tidak gah menongkat langit

Sunday, October 10, 2010

cinta dan sebuah perkahwinan

cinta dan perkahwinan
suatu yang kerap dibicarakan
dalam usiaku kini
ahh umur 23 ini..
ramai yang mengatakan
sudah tiba masanya untuk mula mencari teman hidup
atau mendirikan masjid
tetapi aku masih tetap sama
tidak pernah bercinta
tetapi aku mengangankan sebuah perkahwinan
dan cinta
akan bermula hanya
selepas ijab dan kabul itu termeterai
ada yang mengatakan aku kekampungan
ada yang mengatakan aku berlagak alim
tetapi hakikatnya
mungkin sunyi ini
lebih baik
lebih baik
dari mengendong dosa
bermain api menghampiri zina
dari terus menggengam tangan haram
mengucup bibir yang jelas bukan milikmu
menabur janji cinta mengheret ke neraka
ada sesiapa berani mengatakan
niat mampu menghalal cara
sedang Allah jelas mengatakan
usaha yang dilihatnya
dan hasil itu ketentuan dari-Nya
ya mungkin akhirnya adalah
sebuah gerbang perkahwinan
namun perkahwinan itu
bolehkah kau banggakan
didepan penciptaMu
cintamu itu sesuci kapas putih dan bersih..?
aku?
sampai bila?
bila cukup Ar-Rabb kepadaku
makanya Allah akan hadiahkan cinta buatku.

Thursday, October 7, 2010

irritability

kadang-kadang rasa marah yang membuak-buak.. nak saja dihamburkan..
tapi SABAR selalu mengahalang merasionalkan fikir..
tapi sememangnya.. tak mudah untuk kita bersabar..
sesungguhnya aku sendiri perlu SENTIASA belajar untuk bersabar..
lebih-lebih lagi apabila marah..
syaitan bertanduk dua mudah masuk merasuk kita..
bisa buat manusia hilang pertimbangan..
putus kawan
hilang saudara..
parah lagi.. nyawa melayang.

minum air..
berwuduk...
mandi..
solat dan membaca Al-quran
mungkin boleh menghaouskan sang amarah~

Wednesday, October 6, 2010

aku pengejar pelangi

aku hamba
tak jemu mengejar pelangi
yang datangnya
tidak selalu
perlu ditunggu perlu diharung
rintik-rintik hujan
kadang lebat kadang panas 
demi tujuh warna
sarat erat penuh erti
bagi kita-kita
yang mahu berfikir


pelangi duniaku
pelangi jambatanku
ke sebelah sana
milik kekal
Ar-Rabb
Tuhanku.


dr.s
NN.Ru
7/10/10-0040