Wednesday, October 6, 2010

aku pengejar pelangi

aku hamba
tak jemu mengejar pelangi
yang datangnya
tidak selalu
perlu ditunggu perlu diharung
rintik-rintik hujan
kadang lebat kadang panas 
demi tujuh warna
sarat erat penuh erti
bagi kita-kita
yang mahu berfikir


pelangi duniaku
pelangi jambatanku
ke sebelah sana
milik kekal
Ar-Rabb
Tuhanku.


dr.s
NN.Ru
7/10/10-0040
 

1 comment:

  1. Keindahan pelangi biarpun sementara tapi cukp terasa...

    ReplyDelete