Sunday, October 10, 2010

cinta dan sebuah perkahwinan

cinta dan perkahwinan
suatu yang kerap dibicarakan
dalam usiaku kini
ahh umur 23 ini..
ramai yang mengatakan
sudah tiba masanya untuk mula mencari teman hidup
atau mendirikan masjid
tetapi aku masih tetap sama
tidak pernah bercinta
tetapi aku mengangankan sebuah perkahwinan
dan cinta
akan bermula hanya
selepas ijab dan kabul itu termeterai
ada yang mengatakan aku kekampungan
ada yang mengatakan aku berlagak alim
tetapi hakikatnya
mungkin sunyi ini
lebih baik
lebih baik
dari mengendong dosa
bermain api menghampiri zina
dari terus menggengam tangan haram
mengucup bibir yang jelas bukan milikmu
menabur janji cinta mengheret ke neraka
ada sesiapa berani mengatakan
niat mampu menghalal cara
sedang Allah jelas mengatakan
usaha yang dilihatnya
dan hasil itu ketentuan dari-Nya
ya mungkin akhirnya adalah
sebuah gerbang perkahwinan
namun perkahwinan itu
bolehkah kau banggakan
didepan penciptaMu
cintamu itu sesuci kapas putih dan bersih..?
aku?
sampai bila?
bila cukup Ar-Rabb kepadaku
makanya Allah akan hadiahkan cinta buatku.

No comments:

Post a Comment